THANKS FOR THE SUPPORT !



Tuesday, May 24, 2011

BILA DAH TERLAMPAU RAJIN. . .

Semalam, aku mengemas bilik aku yang agak bersepah itu.. Bersepah sebab adik aku yang sepahkan.. Dia duk sibuk mengemas barang-barang untuk dia bawak ke uitm sana sampai bersepah bilik aku.. So, bila dia dah takde ni, aku lah yang nak kena mengemasnya.. Its okay.. setakat nak berkemas ni, kerja senang bagi seorang perempuan yang boleh tahan rajin macam aku ni.. haha sila jangan muntah.. :p

Punya lah syok aku duk mengemas.. Tiba-tiba aku terjumpa sebuah buku yang boleh tahan comel jugak lah cover buku tu.. Mula-mula aku bercadang untuk membuang buku itu ke dalam tong sampah, yelah kiteorang masing-masing dah besar mana guna dah buku-buku comel macam tu kan? tiba-tiba hati aku terdetik nak tengok isi kandungan buku tersebut.. Aku pun menyelak lah buku tuh start dari pages yang betul-betul kat tengah.. Then.. Korang tahu tak, aku tersenyum sorang-sorang bila aku tengok satu biodata tentang seorang budak perempuan.. Mula-mula aku tak kenal siapa budak perempuan tuh, so bila aku beralih ke next pages aku juga menjumpai biodata yang  formatnya lebih kurang tapi tentang orang lain.. So, korang boleh agak tak, buku apa yang aku sedang baca tu? Yes ! DIARY ADIK AKU lah. haiyak.

 Bila aku dah siap baca, barulah aku beralih ke front pages.. Then aku ternampak perkatan ni,  THIS IS MY DIARY.. DILARANG BACA! SIAPA BACA AKU TAK KAN MAAFKAN SAMPAI BILA-BILA.. tapi kalau terbaca boleh consider tak? Ala, bukannya dia tulis tentang personal dia pun dalam diary tuh,  ianya hanyalah biodata kawan-kawan dia je kot? boleh lah consider wei.. hahaha 

Tapi, sumpah lawak.. Sebab masa time aku kecik-kecik dulu pun, aku suka sangat main tukar-tukar biodata bagai.. Kalau boleh satu kelas tuh, aku ada biodata mereka. Tapi, itu time sekolah rendah punya cerita lah.. Tapi, memang kelakar lah, dekat dalam sesuatu biodata tu, benda wajib yang akan ditulis selain NAMA MANJA ialah, TEMAN ISTIMEWA kalau dalam erti kata lain PAKWE/MAKWE si penulis biodata tuh lah (perlu ke tahu benda ni? kecik-kecik dah ada kekasih dah? =..=")  Tapi yang aku selalu usha dalam sesuatu biodata ialah UCAPAN SEORANG SAHABAT DEKAT TUAN PUNYA BUKU BIODATA tuh.. Macam-macam ucapan yang lucu-lucu dan pelik-pelik korang boleh jumpa bila korang ada buku biodata.. hahaha

Itu sahaja yang aku nak berkongsi untuk entry kali ini.. Macam aku cakap tadi, aku tak sengaja terbaca buku biodata adik aku.. Takpelah kan? Aku dah mintak maaf dah dekat dia.. Dia pun dah lupa tentang kewujudan buku itu.. Tapi, atas permintaan dia, dia tak bagi aku ambil apa-apa sahaja yang berada dalam buku biodata  tuh sebagai bahan untuk diletakkan didalam blog ini. So, hasilnya memang takdelah sebarang content tentang buku tersebut dekat sini.. tapi, kalau aku boleh share dekat korang, mesti korang pun turut gelak sebagaimana aku gelak sorang-sorang semalam.. 

Moral of the story, kalau korang ada buku personal ke diary ke.. Jaga dan simpanlah diary korang tu elok-elok.. Jangan letak merata je macam adik bagus aku ni.. haha selamat beramal.. [:


www.tips-fb.com

4 comments:

Anisa Hang Tuah said...

dah lama tak menulis diari

Bella HaLim said...

ade diary ke? bella tade.. -..-"

ejulz said...

adehhh!! ni mmg terlampau rajin ni.. heHe

Bella HaLim said...

ejulz> tahu takpe.. haha.. [: