THANKS FOR THE SUPPORT !



Thursday, May 19, 2011

direject? aduh sakit hati betul !



SEBAB-SEBAB ANDA DIREJECT OLEH SI DIA

1. HIPOKRIT
Apa itu hipokrit? peralatan untuk membina konkrit kah? Hipokrit ni macam CAKAP TAK SERUPA BIKIN lah. Depan bf/gf bukan main lagi buat baik tapi belakang dieorang masyaallah.. Tuhan je yang tahu. Korang mesti ingat perangai hipokrit ni, selalunya jarang bertahan lama. Yelah, sampai bila korang nak hipokrit? Sampai ke tua? memang takkkkk lah.. Lambat laun si dia akan nampak jugak perangai sebenar korang tuh. 

2.GATAL/GILA SEKS
Iye, sekarang ni zaman moden. Open minded lah sikit. Janganlah nak berfikiran kampung sangat. Tapi, bagi aku lah, kadang-kadang dengan berfikiran kampung nih lah boleh selamatkan korang daripada terpedaya dengan anasir-anasir jahat ni. GIRLS ! kalau your boyfie ajak bersembang atau msg topik yang ke arah 18sx please ! jangan layan.. tell to them.. behave yourself ! i'm a girl ! mana boleh sesuka hati je nak cakap-cakap pasal ni. Tapi, ada sesetangah situasi tu yang membolehkan korang saling bertukar-tukar pendapat, itu cerita lain pulak. Dan untuk golongan-golongan terpelihara macam kami ni golongan wanita, kami tidak suka lelaki yang gatal/gila seks sebab kalau kami berkawan dengan mereka sekalipun, kami akan rasa macam tak selamat je.

3.SUKA MENGKRITIK
Annoying gila bila bersama dengan orang yang 24hours nak kritik orang. Tambah-tambah, orang yang dikritik tu adalah kita sendiri. Ini tak boleh, itu tak boleh. Rimas tahu tak? Padahal dia pun bukannya perfect sangat. Nak jadi pelapis KAK OGY ke apa? kak ogy tuh,dibayar untuk kritik orang. Hadoi lah, nak kritik boleh tapi berpada-pada lah untuk kritik tuh. Jangan melampau sangat.

4.TERBURU-BURU
Golongan macam ni, sumpah ramai gila. Baru kenal aweq/bf ni dah jatuh cinta pandang pertama lah kot? sebab si dia ni comel gila pastu si dia ni rajin pulak melayan korang yang tengah kesunyian ni. Apa lagi, korang pun terburu-buru ajak dia couple.. Sabar, jangan gelojoh sangat.. Pelan-pelan kayuh bak kata orang utara..

5.JIWANG MELAMPAU
Setiap perkataan yang keluar daripada mulut korang mesti bermadah-madah. Nak tunjuk yang korang ni jenis golongan romantik lah kononnya ni? Tak perlu lah kot? bukan semua orang suka pasangan mereka ni jiwang melampau.. Kalau sekali sekala boleh diterima lagi.. ini tidak, hari-hari macam ni.. lama-lama akan timbul perasaan menyampah tahu tak? kalau dah natural born, korang macam gini, kurang-kurang kan okay?

6.KEDEKUT
saving for the future? bagus tuh. Tapi janganlah melampau sangat. Tiap kali keluar dating, duit si dia je yang melayang.. Tambah-tambah, si dia ni kerja biasa-biasa je.. kalau macam DATUK K takpelah.. mana boleh awak ui, tak adil lah kalau macam tu. Kadang-kadang kalau si bunga yang belanja si kumbang pun okay apa? baru lah adil.. Tak gentleman? pedulikan orang nak kata apa.. entah-entah dieorang pun aweq dieorang yang belanja dieorang..

7.TAK RETI BAHAGIKAN MASA
Lumrah hidup lah. Semua orang nak ada tempat manja-manja dan tempat untuk berbual dan bergurau.. Tapi, kalau korang asyik busy je 24 jam.. Masa untuk lepak-lepak dengan aweq/bf pun takde.. Memang patut lah korang direject kot? haha takdelah. Kalau korang sibuk sangat dengan aktiviti korang sendiri  tuh,why not dalam sehari tu, before korang tidur korang call or text si dia.. Ucapkan pada si dia  dengan kata-kata yang membuatkan si dia happy.. Seelok-eloknya try lah curi sedikit masa korang untuk berjumpa si dia..

8.KUAT CEMBURU
Kes ni, aku taknak salahkan mana-mana pihak sebab sekarang ni, sama dengan je baik lelaki mahupun perempuan. Dua-dua ada perasaan cemburu. Yelah, CEMBURU kan TANDA SAYANG.. (: tapi, kalau kuat sangat cemburu, rimas jugak.. so, pandai-pandai korang lah nak manage perasaan cemburu korang tuh okay?

9.KURANG MENGAMBIL BERAT
Bila si dia cakap dia tak sihat or si dia sedang ada problem.. Korang hanya bersikap lepas tangan.. Dan langsung tidak mengambil berat tentang si dia.. Kalau, korang sibuk dan tak sempat untuk mengambil berat akan si dia.. why not korang hantar wakil untuk tengok-tengokkan si dia.. (:

10.EGO TINGGI
Golongan macam ni pun banyak jugak. Biasanya kita boleh nampak ego seseorang bila berlaku pertengkaran atau pergaduhan.. Masing-masing taknak mengalah. kau tuduh aku, aku tuduh kau.. kalau dah sayang, why not try to put your ego down.. insyaallah, korang tak rugi apa-apa pun bila berbuat demikian.


Okay, kalau korang tergolong dalam golongan macam kat atas ni, try lah ubah perangai korang tu..Insyaallah, lepas ni, korang tidak akan direject lagi dah..


ayat pilihan untuk entry kali ini ialah :

CINTA TAK KAN DATANG KALAU TAK DICARI DAN CINTA TAK KAN DAPAT KALAU TAK DIBERI..

www.tips-fb.com

5 comments:

FARADYNA ISKANDAR said...

stuju gilaaaaa psl ur perkara kedua.lelaki sekarang pk perempuan kolot bab open minded,tp lelaki xpk ke kalau adk perempuan mereka diperlaku begitu oleh bf2 mereka?

Bee Den said...

haha..agk best jugak..tp nie utk bcaan kaum laki kn?ape kate utk bcaan kaum wanita plak. ;p

Bella HaLim said...

fara> tahu takpe... jum tembak golongan2 mcm tuh dgn senapang gajah arwah atuk bella.. (:

lula> awak r balas entry sy nih versi yang perempuan pulak.. ada bran? hahaha

Bee Den said...

Bella> sy agk kureng dlm ilmu ini.harap maaf.wakaka

Bella HaLim said...

saya pun.. ini cuma pandangan sy je.. (: