THANKS FOR THE SUPPORT !



Tuesday, June 14, 2011

i think i wanna marry you. [:


I think i wanna marry you if :

1. Awak sentiasa memahami saya. Kiranya, kalau saya TAK SUKA/TAK NAK tu, awak takkan PAKSA saya. [:

2. Awak TAK TINGGAL SOLAT 5 WAKTU. Awak, dalam bab-bab sembahyang ni, there's no excuse okay? Nanti, bila dah kahwin, boleh lah awak jadi IMAM untuk saya dan anak-anak kita nanti. cewah. hee. [:

3. Awak ni mestilah bukan yang jenis suka bagi saya HARAPAN PALSU. Contohnya, janji nak keluar dengan saya, bila time nak keluar tu, awak cakap awak TAKNAK keluar pulak, pastu bagi saya alasan yang sangatlah tak masuk akal. 

4. Awak boleh terima segala KEBAIKAN dan KEBURUKAN saya. Bukannya, awak duk sibuk nak suruh saya ubah itu ini tentang DIRI saya.

5. Saya berharap awak tahu lah, serba sedikit tentang AGAMA, kalau awak boleh mengaji AL-QURAN.. bonus lah untuk saya. Lagipun, tradisi family saya, setiap malam jumaat kami sekeluarga akan membaca ya'sin, nanti takde lah awak nak segan sebab tak boleh mengaji. Tapi, kalau awak tak boleh mengaji, nanti saya ajarkan okay? [:

6. Awak tak perlu lah KACAK/TAMPAN sangat. Nanti payah pulak saya nak jaga awak. Sampaikan anak jiran sebelah pun duk usha-usha awak. Haih. Tak tenang saya nanti, bila awak keluar bekerja. hee. Rupa paras tak penting sangat awak, yang penting hati awak yang ikhlas dan jujur tuh. [:

7. Awak takperlu lah jadi DOKTOR ke, ENGINEER ke, PILOT ke, untuk pikat saya. Saya terima awak, asalkan awak boleh jaga dan sara saya sepanjang hidup awak. Tapi, kerja TETAP tu kena adalah awak. Barulah terjamin masa depan kita berdua nanti. [:

8. Janganlah kuat KONGKONG saya. Maksud saya, awak janganlah nak saya ni HIDUP UNTUK BERKAWAN DENGAN AWAK SORANG je. Sampaikan saya nak keluar dengan kawan-kawan saya pun tak boleh. Bukan selalu pun dapat jumpa kawan-kawan saya tuh.

9. Cemburu tu boleh. Tapi agak-agak lah ya? Janganlah nanti, dengan sedara mara saya pun awak nak cemburu. hee. Saya akan SETIA dekat awak sorang je. Awak jangan risau okay?

10. Awak tak perlu lah ROMANTIK sangat. Sampaikan, tiap-tiap hari nak bagi saya hadiah or bunga or pape jelah. Awak, jadi biasa-biasa pun dah cukup untuk saya. Yang penting, tarikh-tarikh penting kita nanti awak TAK LUPA. [:


Saya tahu awak lah JODOH saya, Cuma saya tak tahu siapa awak. Semoga TUHAN percepatkanlah pertemuan kita dan merapatkan lagi JODOH kita. Semoga hubungan kita nanti kekal hingga ke akhir hayat. amin. [:

www.tips-fb.com

4 comments:

miss N said...

suka entry niii :)
likelikelike

Bella HaLim said...

saya pun suka miss N. hee. t.q. [:

cik fa said...

like...=)

Bella HaLim said...

me too. <3