THANKS FOR THE SUPPORT !



Wednesday, June 1, 2011

mesti cuba bendealah nih !


Hello-hello stalker2 dan follower2 yang aku sangat disayangi dan dihormati sekalian.. (: peewiittt.. Gambar kat atas tu disnap semasa aku menghadiri majlis perkahwinan sedara aku. Dan disebelah aku tu, yang bertudung jingga itu merupakan sedara aku yang paling rapat lah dengan aku. You all boleh panggil dia YING. Kiranya, ying ni anak sedara abah aku lah sebab mak ying ni, adik abah aku. Nampak tak muka dia ada macam orang chinese sikit? huhu i tell you, aku memang ada darah kacukan cina pun. Cuma belah abah aku tak kuat sangat, tapi belah adik-beradik abah aku yang lain semuanya macam cina.. hee. okay. tak penting pun. (: 

Umur kami bukanlah sebaya, walaupun nampak macam sebaya, sebab dia tua 3 tahun dari aku. So, korang kira sendirilah berapa umur dia. huhu Masa time kami kecik-kecik.. kami selalu je berkepit ke hulu ke hilir.. Bila makan satu pinggan kami share 2 orang, tengok tv sama-sama, mandi pun sama-sama.. hee. Macam segan pulak bila ingat balik. huhu Tapi, sekarang dah takde dah semua tuh, cuma yang masih kekal hanyalah, makan 1 pinggan share berdua.. hee. sweet tak? :p

Hari ini aku nak tunjuk dekat korang-korang yang bukan berasal atau sesiapa jelah yang tidak pernah ke Kelantan Darul Naim ini  tentang salah satu bendealah yang aku suka makan bila aku balik ke kelantan. Mempersembahkan................................
*
**
***
*****
*******
*********
**************
*****************
************************
*************************************
Cuba korang teka.. apakah bendealah ni?


Kalau tak dapat jawapan jugak sila lah google.. hee. Okay2, bendealah kat atas ni, nama dia ETOK cara nak sebut dia macam gini tau? AIR(udara)+TOK.. hee.. Sedap tau etok ni.. Dia ni macam adik-beradik kupang, lala dan sekufunya lah.. So, kalau korang masuk je negeri kelantan, etok ni adalah bende yang wajib untuk korang try makan. Rasanya juga amatlah sedap.. Harganya pula? hanyalah RM1 untuk bungkusan kecil dan RM2 untuk bungkusan besar.. Murah bukan? So, nanti kalau datang ke kelantan, sila lah cari etok ni ye? Bak kata pepatah, belum cuba belum tahu, bila dah cuba, hari-hari mahu.. hee. Selamat mencuba.. [:



www.tips-fb.com

5 comments:

BLADE EDGE said...

Assalamualaikum...


baru tahu pasal etok. sblm ni gi k'tan byk kali pun xtahu...

happy blogging :-)


regards,
BLADE EDGE

Ihsan Arifin said...

etok etok etok ;)

Bella HaLim said...

blade> wkmslm.. huhu try lah nanti ye? (:

ihsan> huhu etok.. [:

wildorchid said...

oppsss..saya tak makan species kerang2 nie...aperpun thanks 4 the info ;)

Bella HaLim said...

wild> klo tak mkn takpe lah.. huhu awak allergi ke?