THANKS FOR THE SUPPORT !



Monday, October 3, 2011

DUNIA NI TAK BESAR MANA AGAKNYA?

Rutin harian aku apabila aku online facebook je, aku akan usha notification dulu, dah siap godek-godek notification dan setelah beberapa profile terpilih sudah diterjah, aku usha-usha friend request pulak. Then, aku pun tengok lah mana-mana request tuh, mana lah tahu aku kenal ke kan? so, senanglah aku nak approve. [:

Then, aku terpandang satu profile seorang kaum adam ni. Mula-mula aku buat-buat tak nampak je nama dia ni, Tiba-tiba aku teringat pesanan seorang kawan aku MR X (bukan nama sebenar). Ya! MR X ni seorang DR. Kiteorang berkenalan pun dalam facebook je. Mula-mula, aku pun macam nak taknak je percaya yang dia ni doktor. Tapi, lama kelamaan tuh, percaya lah jugak 70% bila aku tengok kat profile dia aweq-aweq comel (nurse agaknya) duk sibuk panggil dia doktor. Status dia pun, kebanyakan asyik cakap tentang kesihatan je.. Tapi, walaupun aku tahu dia ni doktor, aku tetap bahasakan diri saya awak je dengan dia. Dan, jujur aku cakap, aku tak pernah terlintas pun nak usha dia ni even aku tahu dia ni seorang doktor. Yelah, belajar pun dekat jepun, dah kompem-kompem pandai mamat ni. Kami takdelah rapat sangat, tapi selalu jugak lah keep in touch kalau dia tegur aku, aku tegur lah dia balik. Kalau tak, aku diam jelah. Malas nak lebih-lebih, aku kan muda lagi. Perjalanan hidup masih jauh.

Bila dah lama-lama kami berkawan tuh, dia pun terus-terang kat aku yang dia nak tunang hujung tahun ni.. And dia juga ada cakap, yang tujuan sebenar dia kawan dengan aku ni hanyalah untuk mengenal hati budi aku  dan dia berkenan dekat aku untuk direcommendkan dekat kawan baik dia iaitu juga seorang doktor, juga belajar dijepun bersama dengannya. Fuh! sentap mak! apa kau ingat aku nih bahan ujikaji ke ape? Tapi, aku diam, aku tak marah dia, aku still maintain layan dia macam biasa. Yang bestnya lagi, aku relax je masa dia cakap dia nak tunang tuh, yelakan, aku dengan dia kawan biasa jelah so kalau dia nak kahwin sekalipun aku turut akan datang memeriahkan majlis (itupun kalau dia jemput aku lah).

Start at that time, dia mula lah briefing tentang kawan baik dia ni (even aku tak suruh pun dia buat semua ni), katanya kawan baik dia ni BAIK, HENSEM and bla bla bla la... Tapi, bagi aku itu semua tak penting lah, sebab aku tak berminat pun nak berkenalan dengan kawan MR X ni. Memanglah, kawan-kawan aku sebelum ni, takde lagi yang jadi doktor, tapi bakal doktor banyak je. huhu Tapi, yang aku ingat, aku pernah tanya dia, kenapa dia tak ejaskan kawan baik dia tu dekat nurse-nurse yang lawa-lawa tuh? jawapannya hanya ringkas : nurse-nurse dekat hospital yang kami bertugas ni majoritinya sosial teruk. Itu dia cakap, aku tak cakap, aku cuma ulang balik je. Maaf kalau ada yang terasa. 

For sure, MR X punya bakal tunang pun is a teacher. So, nampak lah sedikit sebanyak yang mereka berdua ni kurang berminat untuk ambik nurse yang comel-comel tuh untuk jadi dieorang punya future wife. Tapi, kenapa nak ejaskan aku? aku bukan cikgu? aku belajar pun tak habis lagi. Kerja pun belum. Sedikit kekeliruan berlaku disitu ya? urghhh.. persetankan sahaja.. So, apabila aku mendapat friend request daripada kawan baik MR X ni, aku jadi macam 'hmm. nak approve ke dia ni? aku bukan berminat sangat nak berkawan dengan dia'. Tapi, disebabkan MR X ada inbox aku cakap suruh approve kawan baik dia tu. Dan aku paling suka ayat dia, 'Try lah dulu berkawan, manalah tahu serasi ke' tapi tak perlu lah nak gopoh, step by step lah. i know you can do it and i trust you my friend' udahhhhh.. macam mana ni?

Lalu, aku menekan butang confirm and kami menjadi rakan facebook. Tak habis kat situ je, then si MR Y ni pun tegur-tegur aku dekat facebook. Mula-mula, aku agak kekok jugak, yela tiba-tiba je dia muncul kan? Tapi, aku bajet-bajet cool then kami pun berkawan macam biasa dan kami hanya berhubung melalui inbox fb sahaja. Bila, dah lama berkenalan tuh, adatlah kan... hahahaha kami pun memutuskan untuk berhubung melalui telefon. Sebab, kehidupan seorang doktor ni sangatlah busy. Hospital ni boleh dikatakan rumah dia no 1.. selalu je on call.. So, bila pakai hp senang sikit nak keep in touch. Tapi, tak senang jugak, time dia free pun tengah malam, time tuh haruslah aku tidur sebab aku kan student siang hari aku ada kuliah. So, jarang sangat aku boleh reply his text sebab waktu dia free aku dah tido, time aku free dia busy.. But i don't mind, kami kan hanya kawan, so tak perlu lah nak keep in touch 24 7 isn't it?

Sudah sekian lama kami berkawan, tapi kami tak pernah pun berjumpa. But i don't mind and aku tak pernah terfikir pun nak jumpa dia ni. Lagipun, dia bertugas jauh diluar semenanjung sana. Tapi, baru-baru ni masa aku balik beraya di kampung belah mama aku iaitu di alor setar kedah, i'm accidently met him. yes! that  DR Y yang selama ni aku hanya berkawan through the mobile phone only.  kat mana? macam mana boleh jumpa? aku secara tak sengaja terserempak dengan dia dekat salah satu shopping complex yang agak well known bagi orang kedah (agaknya lah kot) dan aku bukan terserempak dengan dia dari jauh or bla bla bla. Tapi, kami berselisih sebelah-sebelah kot, dalam sebuah butik body glove je. Aish. aku macam tak percaya je itu dia. And dia pun macam tak percaya jugak yang itu aku. Then... (aku kesuntukan masa,so cerita ini bakal bersambung di next entry)

Apa yang aku nak buat sinopsis bagi entry ni, walaupun aku jauh di selatan dan MR Y jauh di luar semenanjung malaysia tapi, TUHAN DAH ATURKAN SEMUANYA, cuma kita je tak tahu apa yang bakal berlaku after this. hee. [: sorry, entry tergantung.. 

a girl behind the wall. [:





www.tips-fb.com

3 comments:

Anisa Hang Tuah said...

cantiknya kamu

Dee Zahari said...

Tak sabar nk tunggu next entry.

He's a doctor! woowwww

Bella HaLim said...

anisa> awak lagi lawa dari sy tahu? hee. (:

dee> a'ah.. doctor cancer..