THANKS FOR THE SUPPORT !



Sunday, January 8, 2012

Surat untuk Bakal Suamiku

Assalamualaikum w.b.t..


Kehadapan bakal suamiku yang aku sayang,

Jangan dibimbangkan tentang cinta ini, kerana aku akan mencintaimu dengan penuh kasih sayang, kerana daku percaya bahawa Allah itu menciptakan yang terbaik untukku. Daku juga akan menerima segala kekurangan dan kelebihan dirimu, dan kuharapkan bahawa dikau pun begitu dapat menerimaku seadanya. Sayang, daku tahu bahawa dikau seorang yang kacak (walaupun hanya dimataku), romantik, dan dapat membimbingku menuju ke jalan yg di redhai oleh Allah. InsyaAllah...


Abang,

Daku tahu dikau mempunyai ramai peminat. hehehe tapi jangan dikau bimbang kerana daku percaya semua ketentuan Allah ada hikmahnya. Sebagaimana nabi Yusuf walaupun ramai yang meminatinya kerana kekacakan, dan kecerdikan yg dimilikinya namun cinta Zulaikha tetap untuk Yusuf. Bakal suamiku, Tidak kuharapkan kemewahan menghiasi hidupku, yang kuimpikan adalah kesederhanaan dalam hidup, dan keredhaan dari yang Maha Esa. Sayang, daku tidak sehebat Siti Hajar dan setianya Zulaikha, banyak kekurangan yang wujud dalam diri ini, kuharapkan dikau sanggup bersama denganku dan menerima segala kekuranganku.



Sayangku,

Daku akan cuba sedaya upayaku untuk mnjadi isteri yang solehah untukmu, Daku akn mnjadi penyejuk matamu, penawar hatimu, mnjadi isterimu, sahabatmu, dan membantumu di setiap permasalahan yang dihadapi olehmu dan daku juga akan menghiburkanmu dikalamu kesunyian, menghantar kedamaian ke dalam segenap hatimu, kuharapkn dikau sudi berkongsi segalanya denganku. Semoga kasih sayang kita akan mendapat redha dari ilahi... insyaAllah.....

Kuharapkan dikau sudi membantuku dalam kerja2 seharian dirumah, bantu memasak ke sebab daku tidaklah mahir memasak setakat masak yg simple-simple tu, boleh la. kalu nak yang luarbiasa macam daging masak ala 'Starwars' masak sendiri lah jawabnya, jangan risau saya boleh menolong (tolong tengok je la), membantu menjaga baby ke, membantu sidai baju ke, sama-sama kita aturkan kehidupan kita dan bina keluarga bahagia. Yela kalau nak diharapkan saya seorang memang tak cukup tangan, apalah slahnya kiranya dikau membantu meringankan kerja saya. hihihi saling membantu kan amalan mulia.


Sekiranya nanti ada permasalahan antara kita, saya harapkan kita akan dapat berbincang dari hati ke hati, selesaikn permasalahan tanpa ada cmpur tangan orang lain, jangan la selalu mendiamkan diri sahaja sebab berkongsi masalah dapat mengurangkan sakit hati.  sekurang-kurangnya hilang sikit rasa skit hati awak tu. Insyaallah..


Akhirkata, Salam sayang untuk Bakal Suamiku, Semoga kita cepat dipertemukan Jodoh, dan di Ijabkabulkan. Aminn......   

                                   
                                                                                                             

www.tips-fb.com

7 comments:

Akim Iqbal said...

peh peh peh macam nota gua ja. hahaha

diadiamok said...

really nice.. :)

SAYA BUKAN SAMDOL said...

manis sekali gitu =D amin semoga dikekalkan jodoh

SAYA BUKAN SAMDOL said...

manis sekali gitu =D amin semoga dikekalkan jodoh

SAYA BUKAN SAMDOL said...

manis sekali gitu =D amin semoga dikekalkan jodoh

Bella HaLim said...

tenkiu semua. (: amin..

amyra zin said...

ni memang btol2 dari hait ke ni? :D